Thursday, September 28, 2006

RAMADHAN AL MUBARAK

salam ramadhan buat semua... semoga terus tabah menjalani ibadah puasa pada tahun ini. semoga kita dapat memakmurkan ramadhan kali ini dengan amal ibadat yang berterusan. dan semoga allah memanjangkan umur kita dan dapat berjumpa lagi dengan ramadhan pada tahun depan. Dah letih menunggu kereta. lambat betul keluar. Isnin lepas satu rekod peribadi tercipta. bayangkan saya ambil bas ke kl pada hari ahad malam isnin, sampai di kl pukul 6 pg. tido sejam, kemudian bangun, terus siap untuk tandatangan agreement pinjaman kereta di TOYOTA Sri gombak. pukul 10 dah ada dalam perut bas balik ke kelantan. penat tak tercerita. dengan tak makan sahur, travelling dengan bas (pening kepala) dan sampai ke kelantan pukul 4 petang. keesokkannya (selasa) lepas sekolah terus qadha tido. he he he... puasa pun tapi still boleh main bola. maintain fitness. 2 hari lepas juga kawan saya, haines dah dapt baby girl. tahniah! seronoknya dapat jadi ayah. jadilah ayah yang baik.
kepada kawan kawan; haneen, rosli dan isteri, kamarul, wadi, najib, dan sharifah hafezrena, selamat menjalani ibadat puasa. jangan lupa solat tarawikh... doakan saya juga untuk terus tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang berterusan mencabar saya. tak lupa kepada semua pelawat blog saya.

Murad Bertitah at 10:22 AM

0comments

Saturday, September 23, 2006

disebalik sebuah kisah

apa ada disebalik kisah? rentetan peristiwa yang kadang kadang memberikan kita gembira, atau memberikan kita duka, atau mungkin juga untuk melihat sejauh mana kita mampu bersabar dan bersedia menghadapi semuanya. kenapa setiap kali kita mencuba dan kita gagal, kita tega merasa putus asa? kita juga mungkin memujuk diri, ada hikmah di setiap kejadian, tapi mengapa kita tidak bangun dan mengejar hikmah itu?
dalam soal perhubungan, tidak pernah ada keadilan yang sebenar- benar adil. jangan tersalah faham... ada yang banyak memberi tapi sedikit menerima, ada juga yang banyak menerima tetapi sedikit memberi... tapi wajarkah itu dijadikan kayu pengukur kepada sebuah keadilan? tidak kah yang lebih layak menjadi kayu pengukur itu adalah rasa dalam jiwa; rasa yang membahagiakan. bila kedua- duanya merasa bahagia maka itulah keadilan dalam sesebuah perhubungan.
kepada kawan- kawan yang dibelenggu masalah dalam perhubungan, jangan cepat menyerah. jangan ditutupkan hati untuk tidak menerima kehadiran seseorang lagi. jangan pernah menyalahkan keadaan. cermin dan cari di mana kekurangan kita. yakinlah setiap apa yang berlaku, jika kita tidak merubahnya, maka kita akan terus berada dalam golongan orang- orang yang ketinggalan.... percaya pada diri.

Murad Bertitah at 12:01 PM

0comments

Monday, September 11, 2006

aku hanya manusia

Setiap apa yang aku lakukan hari ini, pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Pasti juga terselit kesilapan kerana tidak ada manusia yang sempurna. Merancang dan mengharapkan yang sempurna tidak mungkin akan menjadi kenyataan, tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik pada setiap apa yang aku lakukan; kerana aku yakin, itu sahaja batas yang ada pada manusia kerana yang sempurna itu milik Tuhan.
Tuhan itu adil kan?Dia kurniakan kawan kepada kita untuk menemani kita disetiap keadaan; saat sedih, sedih perih, saat suka dan gembira. memiliki kawan yang dapat mengharungi segala keadaan bersama kita, amat mengharukan. dan juga kawan yang tak putus putus memberi semangat kepada kita di saat kita jatuh, maka itu adalah anugerah yang tak ternilai harganya dalam hidup....
tapi tanpa sedar, kita juga tega menyakiti orang- orang disekeliling kita dengan perbuatan atau kata kata. kenapa ya? kerana kita manusia... tak ada yang sempurna....

Murad Bertitah at 10:42 AM

2comments

Thursday, September 07, 2006

salam hormat

kecewanya kerana pelajar- pelajar saya tak dapat jawab soalan- soalan percubaan bahasa inggeris walaupun semua teknik dan format telah diajar. literature components yang senang pun tak boleh jawab. adakah saya seorang guru yang gagal? gagal dalam memberikan pemahaman yang sebenar kepada mereka? ataupun semuanya datang dari mereka yang bersikap endah tak endah terhadap apa yang telah saya ajar? selalunya bila pelajar gagal bermakna guru itu yang gagal dalam mendidik mereka...
inilah cabaran seorang guru. sebagus mana pun pelajar dia, kadang- kadang tidak pernah ada ucapan terima kasih ke atas ilmu yang telah diberi, tapi bila teruk pelajar itu, semua kesalahan diletakkan di atas bahu mereka. adilkah? fikirkan....
dua tiga hari ni memang memeningkan kepala. banyak benda nak kena fikir... sampai tak terfikir. tetapi selalunya fikiran lebih terarah kepada sesuatu atau seseorang yang jauh dimata tapi terlalu dekat dihati... semoga suatu hari nanti akan ada satu petunjuk dan ketikanya di mana saya menjulang piala kemenangan perjuangan saya dengan penuh bangga keranapada detik itulah saya mengerti perjuangan saya tidak sia sia. harap doakan saya. amiin.... Ya rabbal 'alamiin.

Murad Bertitah at 12:24 PM

1comments

Tuesday, September 05, 2006

aku masih di sini

aku masih di sini... Kenapa ya? kerana aku merasa ini adalah satu peluang untuk aku merenung kembali segala silap diri dan membetulkan segala kesilapan. semakin lama hidup, semakin banyak benda yang mengganggu dan mencabar kewarasan diri. Rasanya, kalau diri ini tidak cukup kuat, aku dah lama hanyut... terima kasih Tuhan, kerana memberi nikmat yang tiada penghujungnya ini.
betapa bersyukurnya aku, kerana masih di beri peluang untuk membetulkan khilaf diri. salah aku pada orang orang disekeliling aku, yang sentiasa mengambil berat pada diri, tidak terhitung banyaknya.
aku cuma mengharapkan masih ada sinar untuk aku pada esok hari yang menyuluh aku ke jalan yang lurus....

Murad Bertitah at 8:41 AM

0comments

Sunday, September 03, 2006

Tentang seseorang



Tentang Seseorang

teruntukmu hatiku inginku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
berjalan pada satu tanya selalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih
kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
semua resah di diri mencari jawab pasti
akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku
cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta.....

pernah dengar lagu ini? lagu yang penuh tanda tanya bagi saya. soal hubungan, soal kasih sayang, soal seseorang yang tepat untuk kita... Akan ada suatu hari bila kita mula bertemu seseorang dan kemudian mula menyayangi dia, kita merasa kita terus menyayangi dan mencintai dia sehingga ke akhir hayat kita. soal kegembiraan dan kebahagiaan. kebahagiaan? apa takrif bahagia yang sebenarnya? bagi saya, bahagia ialah satu perasaan yang cukup halus untuk di tafsirkan. bagi saya, saya bahagia apabila saya tahu orang- orang yang saya sayang (termasuk rakan- rakan saya) gembira dengan hidup dia, walaupun bukan saya yang bertanggungjawab membahagiakan mereka.
kadang kadang kekeliruan menghantui diri. kita merasa kita sayang kan dia, tapi kita tak mahu atau tak mampu untuk berterus terang kerana sebab sebab tertentu. dan apabila dia bertemu dengan orang lain, dan dia berkongsi dengan kita, kita mula merasa kehilangan... mungkinkah sebenarnya kita akan mula merindui segala kenangan bersamanya.. Bukankah sepatutnya kita
mendoakan kebahagiaan dia kerana dia adalah sebahagian dari hidup kita? tapi mengapa harus kita merasa sedih dan kehilangan... satu persoalan yang entah bila akan terjawab...

Murad Bertitah at 9:17 AM

2comments

bulan baru, cabaran baru

sekejap je dah masuk bulan september. bulan di mana pelajar- pelajar sekolah akan mula mengerah segala kudrat kebijaksanaan mereka untuk menghadapi peperiksaan. UPSR dan juga peperiksaan percubaan SPM. didoakan agar mereka akan dapat menjawab setiap peperiksaan dengan tenang. Guru, apa lagi yang diharapkan selain melihat anak didik mereka berjaya? walau marah sekalipun, kami tidak pernah ada sekelumit benci pun kepada pelajar- pelajar kami, cuma kami sentiasa mengharapkan mereka sedar; tiada seorang pun yang boleh merubah mereka melainkan mereka sendiri. kami sebagai guru tidak ubah seperti watak tambahan dalam cerita layar... kecil tapi mungkin berguna.
semoga semangat merdeka dapat di serapkan ke dalam jiwa mereka dan dapat di gunakan untuk memajukan diri mereka.

Murad Bertitah at 8:49 AM

0comments