Sunday, May 20, 2007

kalah adalah pemenang

Melihat konsert akhir AF5 , dan final piala FA antara Man utd dan Chelsea memunculkan juara baru: Mila dan Chelsea. yang kalah? bagi saya semuanya adalah pemenang. kelmarin juga saya terlibat dengan suku akhir liga DUN manek urai. kalah tipis dengan jaringan 2-3. setelah ketinggalan dengan dua gol pantas, kami berhasil menyamakan kedudukan. menjaringkan gol pertama dan sebagai giol pembakar semangat sememangnya mengharukan apatah lagi mendengar sorakan dari penyokong- penyokong. tapi semuanya memerlukan sedikit nasib.
Begitu juga dalam kehidupan.... tapi kita tak boleh berserah pada takdir. kita harus berusaha untuk mendapat apa yang kita nak. tapi andaikata apa yang kita impikan, apa yang kita harapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan, jangan menundukkan kepala. pandanglah kedepan dan terus melangkah kehadapan. Setidak- tidaknya kita harus berbangga dengan diri kita sendiri. apa yang berlaku, takdir tidak pernah bersalah... cuma mungkin kita perlu melihat kembali dalam diri kita dan mencari kelemahan yang ada... kita tewas, tapi kita juga adalah pemenang.....
Cik Doktor buchuk ( he he he) semoga akan menjadi doktor yang baik...

Murad Bertitah at 8:54 AM

0comments

Thursday, May 17, 2007

hari yang indah...

hari khamis yang indah. hari yang bermakna juga bagi kawan kawan yang lain. cik doktor kat kuantan tu, interview macam mana? tapi saya memang confident pun awak akan berjaya. mustika hati kat langkawi, yang sedang menjalani perkhemahan puteri islam kawasan utara pun harapnya ok dan happy selalu. jaga diri bebaik.
hari ini juga ada pentaksir ujian lisan bahasa inggeris datang ke sekolah nak tengok fail oral. harap semuanya melepasi tahap piawaian yang ditetapkan.
melihat wajah wajah happy pelajar pelajar kelas 5 sains hari ini mengingatkan kembali nostalgia lama zaman persekolahan. wajah naim, saiful ,fendi, tipah, aisyah dan yang lain lain amat mengharukan. buat si haines, bila nak turun kelantan?

Murad Bertitah at 8:22 AM

0comments

Wednesday, May 16, 2007

selamat hari guru

16 mei 2007..... setiap tahun di tarikh yang sama, adalah hari yang indah untuk semua yag bergelar guru. hari di mana wujudnya penghargaan dan mungkin juga kenangan yang takkan terpadam sampai bila- bila. bagi aku, menghargai guru bukan saja pada hari ini, menghormati dan melayan mereka dengan baik dan penuh hormat bukan pada hari ini sahaja; tapi setiap hari dan di mana jua- disekolah, rumah, kedai, pasar.... kerana guru itu adalah mulia
menjadi seorang guru bukannya mudah. seseorang itu harus tabah, sabar, kuat berusaha, bersemangat dan sanggup berkorban. berkorban? tidak cukup pengorbanan guru kalau pelajarnya tidak sanggup untuk berkorban, tidak sanggup bersusah dan tidak sanggup untuk membuat pilihan dalam hidup mereka.
guru selalu menjadi mangsa kecaman bila ada anak- anak mereka dirotan. tapi pernahkah ibu bapa meletakkan kesalahan pada diri mereka yang tidak pernah merotan anak- anak mereka dan memanjakan mereka dengan kemewahan. salahkah guru itu merotan dan menghukum pelajar- pelajar mereka yang bersikap kurang ajar dan tidak berdisiplin? jadi apa pula peranan ibu bapa; cukupkah hanya dengan memberi pakai, menyediakan makan dan minum kepada anak- anak mereka sedangkan soal disiplin tidak diutamakan?
kadang kadang aku berfikir: adakah kami guru- guru hanya menjadi orang gaji untuk menjaga anak- anak ini ketika ibu- bapanya bekerja?.........

Murad Bertitah at 11:09 AM

0comments

Wednesday, May 09, 2007

dan matahari pun bersinar

di saat kita cuba beralih arah, berpaling dari segala kekusutan yang seringkali menghantui diri, kita perlu yakin pada diri, akan selalu ada matahari yang terus menyinari. segala kesedihan, tidak lagi akan menjadi sedih seandainya kita mampu mentafsir segala yang tersirat dan rahmat disebaliknya. bagi mereka yang lemah, jangan cepat mengalah. jadilah tuan kepada takdir dan nasib sendiri, bukannya bertuankan mereka. destini yang harus dicapai akan menjadi kenyataan sekiranya kita selalu teguh berdiri

Murad Bertitah at 11:49 AM

0comments