Thursday, June 28, 2007

selamat hari jadi

Hari ini sangat istimewa kerana hari ini merupakan hari jadi seseorang yang sangat istimewa. semoga mustika hati di IPSAH sekarang ini sentiasa dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan seharian, dan semoga kegembiraan selalu ada untuk dia. amiin...
mengimbas kembali, pertemuan dengannya tidak pernah di sangka kan. tapi sekarang hampir dua tahun hubungan ini kekal, dan harapannya akan terus kekal selamanya selagi diizinkan tuhan. mengenali dia adalah satu anugerah; anugerah yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Segala kegembiraan, kesedihan, kesulitan dan kepayahan dikongsi bersama.
mengingati dia ketika melihat renyai hujan yang turun, mengingati dia ketika malam disirami cahaya purnama, mengingati dia ketika mata hampir terpejam lena, mengingati dia ketika mata mula terbuka, mengingati dia ketika setiap berdetiknya waktu. Pernahkah, dalam hidup kita, kita menyayangi seseorang sehingga kita rasa setiap denyutan nadi dan hembusan nafas ada dia....?
" cinta tak datang kalau tak mencari
cinta tak dapat kalau tak memberi"
yang pasti dalam setiap perhubungan, mesti ada segala- galanya. salah faham, cemburu, saat gembira atau duka. yang penting, bagaimana kita mengatasinya. bertolak ansur, saling memahami adalah asas setiap perhubungan.

"Happy birthday..............."

Murad Bertitah at 11:25 AM

0comments

Tuesday, June 26, 2007

kerinduan...

setiap hari, ada satu perkara utama yang saya akan lakukan; mengejutkan mustika hati dari lena untuk sama sama menunaikan suruhan tuhan. kenapa? sebab, mendegar suaranya di permulaan hari adalah satu motivasi untuk saya pada hari itu. satu kelegaan bagi saya mendengar suaranya yang ceria kerana saya tahu dia sihat dan akan okay sepanjang hari. itu sahaja cara untuk melepaskan rindu pada dia.
minggu depan dia akan mula praktikum di baling. semoga dia akan terus berusaha menjadi seorang guru yang bagus. berusaha lah...
melihat telatah dan kerenah pelajar pelajar kelas 5 sains amat mengasyikkan. ada pelbagai ragam dan aksi yang ampu membuatkan saya ketawa, terharu dan kadang kadang berkata pada diri sendiri, alangkah bagusnya dapat mengundurkan masa dan kembali semula ke alam persekolahan. tapi, masa akan terus berlalu,dan kita perlu menghadapi kenyataan pada setiap hari yang mendatang dan perlu selalu bersedia...
semoga tuhan akan selalu memberkati setiap langkah perjuangan... Amiin.

Murad Bertitah at 10:29 AM

4comments

Sunday, June 24, 2007

permulaan sempurna

hari ahad di minggu baru, permulaan pada setiap minggu disini. hari pertama di mana keringat di perah untuk anak- anak bangsa menuntut ilmu dengan harapan ilmu yang dicurahkan dapat melekat di minda mereka.
keghairahan, keyakinan dan kesabaran adalah elemen yang utama dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. ditambah pula dengan kerajinan dan semangat dalam diri bakal menjanjikan pulangan yang lumayan kepada setiap individu yang berusaha. Tuhan dah janjikan, tiada siapa yang dapat merubah nasib mereka kecuali diri mereka sendiri. my brother yang tengah buat degree seni halus pun, still tak puas hati bila dia dapat 3.10 je untuk exam dia hari tu. abang dia ni dulu, masa kat UIA susah gila nak cecah 3.0. Dapat 2.5 pun dah bersyukur sangat sangat as long as tak perlu repeat paper. bukan tak berusaha, tapi mungkin usaha tu tak cukup. Malas??? sikit- sikit le.
jadi, permulaan yang sempurna adalah dalam diri kita. yakin pada diri, jangan cepat mengalah. stay alert dan stay focus.



P/s: buat Mustika hati di MPSAH, sungai petani... take care, be happy.

Murad Bertitah at 8:35 AM

1comments

Thursday, June 21, 2007

kita tak sempurna

kita adalah makhluk yang sempurna sifatnya; ada akal, cukup sifat anggotanya. tapi, kita masih belum sempurna kerana kita sering kali mudah ditewaskan nafsu dan minda yang terpesong. namun, kita wajar berikhtiar mengatasi segala- galanya. bila kita gagal, kita mula sekali lagi. kita mohon keampunan dan cuba merubah semuanya yang lemah dalam diri kita. bila kita masih lagi tidak mampu dan mengulangi kesilapan yang sama, jangan berputus asa. teruskan berusaha dan berdoa agar kita diberi kekuatan dan semangat.
apa juga yang berlaku, jangan putus asa. jangan mudah menyerah.....

Murad Bertitah at 10:12 AM

0comments

Thursday, June 14, 2007

bersabar...

untuk apa saja yang berlaku:
saat gembira
saat ketawa
saat duka
saat sedih
saat pedih
saat kehilangan...
bersabarlah,
kerana kesabaran itu memberi kekuatan
pada jiwa yang sedang lemah.

bangkit lah pada setiap kejatuhan
perhatikan disepanjang perjalanan
kelak akan kita temui kemanisan
ilham dari sebuah kegagalan...

cinta tak datang kalau tak diuji
cinta tak dapat kalau tak memberi
mimpi tak bermakna kalau tak berani.....

sesungguhnya, tuhan bersama orang orang yang sabar..

Murad Bertitah at 8:32 AM

1comments

Monday, June 11, 2007

malas itu indah

Bila ku pejamkan mata
segalanya menghampiri
ke layar rasa semalam
termenung sejenak....

malasnya ku melangkah ke sana
mencari sempadan kehidupan
yang selalu hilang sebelumnya
disebalik satu kenyataan....

sesungguhnya malas itu indah
tanpa kuterlibat dengan dosa dosa
dalam berusaha mencari sesuatu...

kekurangan disini sudah cukup buatku
apa yang ku genggam itulah harapan
kelebihan yang datang
adalah kesyukuran
selagi dapat menyedut ketenangan...
sehingga terasa di jiwa nikmatnya...

teringat lagu ni sebab sekarang ni rasa malas untuk buat apa- apa. tapi, indah ke malas tu? renungkanlah....

Murad Bertitah at 12:02 PM

0comments