Sunday, July 29, 2007

musim hujan...

kat kelantan sekarang ni, terutamanya kat kuala krai sekarang setiap hari dilimpahi titisan rahmat Allah swt. kedinginan, keselesaan, cukup membuatkan kita harus bersyukur pada rahmat NYA. ye lah, hujan yang mendamaikan, hujan yang menyegarkan, hujan yang memberi seribu ketenangan... oh ya, tahniah kepada Hanin farhana yang akan mula bertugas sebagai doktor pada 1 ogos ni di HUKM cheras. jadilah doktor yang baik buchuk...
bebudak pun dah habis exam. alhamdulillah, semuanya ada peningkatan. harapnya, peningkatan ini tidak akan terhenti di sini sahaja.
Mustika Hati yang sentiasa diingatan dan dirindui, mengajar elok- elok. jaga diri, hiasi peribadi.

Murad Bertitah at 9:34 AM

0comments

Monday, July 23, 2007

apa- apa je

apa ya yang berlaku sepanjang minggu lepas yang tak tercatat dalam diari kehidupan? salah satunya ialah kedatangan jemaah nazir yang membuat lawatan ramah mesra disekolah. teruk kena siasat hingga ke akar umbi. terpaksa juga berjaga semalaman untuk menyiapkan buku rekod pengajaran yang dah lama tak tertulis walaupun selalu masuk kelas dan mengajar.... penat wooo.
sedar tak sedar dah masuk bulan rejab pun. banyak fadilat dan peristiwa penting yang berlaku dalam bulan rejab ni. jadi marilah kita sama sama pertingkatkan amalan dan menambahkan amalan sunat dalam bulan ini... semoga kita akan terus dirahmati oleh Allah swt dan dilindungi dan termasuk dalam golongan orang- orang yang beriman.

Murad Bertitah at 7:43 AM

0comments

Monday, July 16, 2007

minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi semua tingkatan. tapi, yang menghairankan, bebudak sekarang tidak lagi mengambil serius setiap ujian yang dilaksanakan. semuanya datang untuk meniru, tidur masa exam dn sebagainya. akhirnya saya tersedar, zaman dah berubah, tidak lagi sama macam dulu. maksud saya, kalau dulu setiap ujian akan diambil serius oleh pelajar- pelajarnya. takut dan yang paling penting keinginan untuk saling mengatasi antara satu dengan yang lain. dulu, sebelum start exam pun masih sempat baca last minute kat luar kelas, kot -kot ada yang tertinggal dan nak refresh kan balik memori. kononnya la... tapi sekurang- kurangnya ada usaha. sekarang ni, cikgu dah pun bagitau bab mana yang keluar tapi, masih lagi tak dapat jawab, walaupun tajuk tu dah diajar. pelikkan? kesimpulannya, bebudak sekarang lebih malas berusaha...
habis pasal exam... sekarang ni musim buah. durian rambutan, semua ada. masa pergi Baling dua minggu lepas pun memang banyak gerai sementara yang jual durian.kat sini nak makan free pun boleh, nak beli pun boleh..
Mustika hati kat Baling tu, ngajar elok elok. semoga sentiasa gembira dan dilindungi selalu.

Murad Bertitah at 8:10 AM

0comments

Wednesday, July 04, 2007

bila berjauhan


"Bila berjauhan….
Aku tahu aku tidak mampu menanggung rindu
Ketika tirai hari- hari ku berlabuh
Dan aku masih tidak dapat menatap wajahmu
Kerana kau terlalu jauh….
Di jendela hari kutitipkan salam
Bersama sepoi angin kukhabarkan sayang
Biar kekal disudut hati yang paling dalam
Wajahmu, senyummu tak luput ditelan hari yang mendatang….
Bila berjauhan aku jadi sayu
Bila berjauhan aku jadi kelu
Bila berjauhan aku jadi tak menentu
Kerana aku tak mahu jauh darimu…
Mungkin nanti kita takkan berjauhan lagi
Mungkin nanti kita akan sama berlari mengejar mimpi
Mungkin juga nanti kita akan bersama disini
Menjamah realiti."

Murad Bertitah at 11:15 AM

0comments

Tuesday, July 03, 2007

sakit gigi....

tiga hari berperang dengan sakit gigi. bengkak dan menyakitkan. nasib baik ada cik doktor otromen busyuk yang selalu mengingatkan saya suruh makan ubat. terima kasih doktor!!! awak akan jadi doktor yang baik nanti.. betul orang cakap, sakit gigi ni adalah kesakitan yang paling sakit bagi orang lelaki. kalau orang perempuan? masa bersalin le kan? tapi alhamdulillah, hari ni dah ok.
sebenarnya, pening kepala juga memikirkan perangai pelajar- pelajar sekarang. macam dah langsung tak hormat guru. itu baru kat sekolah, kalau kat rumah macam mana pula? mungkin sebab itu agaknya, ramai bebudak sekarang ni terlibat dengan benda benda pelik. hidu gam dah jadi benda biasa, malah ada yang start minum arak. tu belum campur yang membuat aksi terlampau macam yang didedahkan di akhbar 2, 3 hari lepas... adakah semua kesalahan dan kegagalan ini terletak di bahu guru- guru sahaja? tidak! ibu bapa juga harus bertanggungjawab. di perhatikan, ibu bapa sekarang 'malas' menghukum anak- anak mereka, malas merotan, denda dan yang sewaktu dengannya... itu tak pe lagi, kalau anak dirotan atau dihukum disekolah, maka akan adalah report polis, nak saman le, pendek kata, macam macam le. maka lahirlah anak- anak yang besar kepala, yang angkuh. apa nak buat? buat tak tahu pun tak boleh juga. tanggungjawab sosial tu. habis tu? fikir fikirkan lah....

Murad Bertitah at 11:07 AM

0comments