Monday, September 24, 2007

beban terlepas....


alhamdulillah... akhirnya terlepas juga segala beban yang ditanggung selama ini. hari ini saya telah menerima surat kelulusan permohonan perletakan jawatan sebagai warden. insya allah hidup saya akan lebih tenang setelah lama memendam rasa dengan segala ketidakpuasan hati. baru saya sedar sekarang, rupa- rupanya dah lama 'orang- orang besar' ini mahu 'membuang' saya. dan kebenaran terbukti jua. tapi tak pe, rasanya saya akan menjadi lebih gembira nanti walaupun saya akan merindukan saat saat bersama bebudak asrama.
satu hari nanti, kalau saya menjadi salah seorang dari 'orang besar'itu saya akan pastikan akan berlaku adil kepada pelajar- pelajar dan juga kepada guru- guru. dalam hal ini kepada warden dan penghuni asrama. biar kebajikan mereka terjaga.menegur apa yang tak kena (bukannya simpan di dalam hati)supaya saya mendapat keberkatan ke atas apa yang saya lakukan. saya akan pastikan mereka ini dihormati, bukan di layan seperti sampah; dikutip ketika diperlukan dan dibiarkan ketika tidak lagi sudi memandang.
entahlah, mungkin semua dikalangan kita pernah merasa bagaimana rasanya bila kewujudan kita tak dihargai langsung. ada tapi tak wujud. tapi bila silap je, maka akan terserlah lah kesilapan itu. itulah yang saya rasa. terkilan, kecil hati dan macam sampah...
terima kasih kepada kawan- kawan yang banyak membantu dan menyokong saya. anda semua adalah sahabat yang baik. dan izinkan saya meminjam sedikit semangat dari anda semua untuk terus teguh berdiri sebagai seorang lelaki.
insya allah, saya akan menjadi lebih kuat. doakan saya.

Murad Bertitah at 10:22 AM

0comments

Monday, September 03, 2007

jubli emas malaysia

merdeka! merdeka! merdeka! masih ada semangat untuk merayakan merdeka. rasanya inilah sambutan yang paling best, dengan mengimbau kembali sejarah- sejarah lama, dan dengan perarakan yang berwarna warni, gabungan moden dan tradisional menjadikan sambutan kali ini menarik. best....

tapi bagi aku, selagi benda benda masalah sosial berterusan, aku tak rasa merdeka akan lebih memberi makna kepada rakyatnya. kita kena perbetulkan pemahaman kita tentang erti sebenar kemerdekaan, bukan mentafsir sendiri erti kemerdekaan ikut sedap tekak je. rempit, free sex, dadah, ubat batuk dan memacam lagi tak akan menjadikan negara aman.

ingat balik perjuangan tok janggut, sariff masahor, rentap, mat kilau, dato' bahaman, pak sako, dan orang2 gagah dahulu, perjuangan tunku.... dan kita akan menjadi lebih bangga kerana kita berjaya merdeka dengan usaha kita sendiri...

merdeka juga bermakna kita kena lipat gandakan usaha nak majukan negara dan yang paling penting majukan diri sendiri. fikirkan....

Murad Bertitah at 9:49 AM

0comments